[Agriculture Land Development Policy According to Islamic Perspective] Dasar Pembangunan Tanah Pertanian Menurut Perspektif Islam
National Agricultural Policy (DPN 1, 1984-1991, 1992-1997 DPN 2, 3 DPN 1998-2010), and the National Agro-Food Policy (DAN 2011-2020) was a transformation of the government to improve the country’s food quality. Various plans have been made through DPN and DAN. However, there are shortcomings in the DPN implemented with the aim of economic development alone. This study aims to put certain mechanisms for the development of the agricultural sector in line with the teachings of Islam which includes holistic human development. The research methodology used in this study is content analysis, analysing data using descriptive approach with a combination of qualitative approach of analyzing the text, including the analysis of documents and official reports, circulars, annual reports, statements of position, financial plan, reports agencies, and transcripts. The study found that the basic development of Islamic farmland is based on the concept of tauhidiyyah, rububiyyah, tazkiyyah, tanmiyyah, khilafah, insaniyyah, akhlaqiyyah which applies Islamic spiritual values including the preservation of the environment and the securities development. Key Words: National Agricultural Policy (DPN), Development of Agricultural Land, Land Development Concept in Islam. Dasar Pertanian Negara (DPN 1 1984-1991, DPN 2 1992-1997, DPN 3 1998-2010), dan Dasar Agromakanan Negara (DAN 2011-2020) merupakan satu transformasi kerajaan bagi meningkatkan kualiti makanan negara. Pelbagai perancangan khusus telah dibuat melalui DPN dan DAN. Namun terdapat kepincangan dalam DPN yang dilaksanakan dengan tujuan pembangunan ekonomi semata-mata. Kajian ini bertujuan untuk meletakkan mekanisma tertentu agar pembangunan sektor pertanian selari dengan tuntutan Islam yang merangkumi pembangunan insan secara syumul. Metodologi kajian ini menggunakan reka bentuk kajian analisis kandungan, data-data yang dikumpulkan dianalisis melalui pendekatan deskriptif dengan gabungan pendekatan kualitatif iaitu menganalisis teks termasuk menganalisis dokumen-dokumen dan laporan-laporan rasmi,surat pekeliling, laporan tahunan,laporan jabatan, rancangan kewangan, laporan agensi,dan transkrip. Hasil kajian mendapati bahawa dasar pembangunan tanah pertanian Islam berteraskan konsep tauhidiyyah, rububiyyah, tazkiyyah, tanmiyyah, khilafah, insaniyyah, akhlaqiyyah yang menerapkan nilai-nilai kerohanian Islam termasuk pelestarian alam sekitar dan sekuriti pembangunan. Kata kunci: Dasar Pertanian Negara (DPN), Pembangunan Tanah Pertanian, Konsep Pembangunan Tanah Islam.