Hubungan Tahap Motivasi Dengan Strategi Pembelajaran Bahasa Arab Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Agama Terengganu
Beberapa kajian menunjukkan penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa (SPB) dipengaruhi oleh Motivasi Pembelajaran Bahasa (Oxford dan Nyikos, 1989; Prokop, 1989; Okada et al. 1999). Kertas ini memerihalkan dapatan kajian mengenai penggunaan SPB oleh pelajar bahasa Arab berdasarkan tahap motivasi pembelajaran bahasa. Subjek kajian yang dipilih secara rawak terdiri daripada 457 orang pelajar di 13 buah sekolah menengah agama di Terengganu. Data dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik yang diubah suai daripada SILL (Oxford, 1990) dan bahagian soal selidik motivasi daripada Affective Survey (Ehrman & Oxford, 1991). Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap motivasi pelajar adalah sederhana dan pelajar bermotivasi tinggi lebih kerap menggunakan SPB berbanding pelajar bermotivasi rendah. Kata kunci: Strategi pembelajaran bahasa; motivasi pembelajaran bahasa; bahasa Arab; sekolah menengah agama A few studies have indicated that use of Language Learning Strategy (LLS) was influenced by language learning motivation (Oxford dan Nyikos, 1989; Prokop, 1989; Okada et al. 1999). This paper reports on one study that sets out to investigate the employment of LLS by students of Arabic language based on level of language learning motivation. A total of 457 students from thirteen Religious Secondary Schools in Terengganu participated in this study. Data was collected by using a questionnaire adapted and modified from SILL (Oxford, 1990) and Language Learning Motivation part of the Affective Survey (Ehrman & Oxford, 1991). The results indicate that students were moderately motivated and language learners with higher level of motivation use LLS more frequently than less motivated language learners. Key words: Language learning strategies, language learning motivation; Arabic language, religious secondary school