Reversion to Islam while opening golden opportunities for a revert in terms of divine guidance and spiritual salvation is coming with somewhat insurmountable challenges in terms of Islamization of the self, family and contributions to the overall development of Malaysia as a multi-religious country. This is especially so when Islam as an official religion has made the issue of Islamization of the Malaysian society and its systems amongst the pivotal national agendas in the country. As to what is the role of Chinese Muslims (reverts) in the process, studies, among others, have purported to present the statistics about their share in socio-economic development. Similarly, empirical studies point to the odds faced by this community at personal, family and community levels in their path for transition to the full Islamic way of life. To the presenters of this paper, however, the macro dimension of what it means to become a Muslim which is essential for adjustment to the Islamic requirements has not been sufficiently highlighted in discourses in the area. Accordingly, this paper presents the position statements on Islamic expectations from Chinese reverts with the purpose of motivating them to achieve greater things in the area of Islamization of their community and the nation to the effect.
Keywords: Chinese converts, Islamization, expectations and challenges.
Abstrak
kembalinya seseorang kepada agama Islam selain dari membuka peluang keemasan dalam mendapat petunjuk Ilahi dan pengisian rohani turut disertai dengan cabaran yang amat sukar untuk diatasi termasuklah cabaran Islamisasi diri, keluarga serta sumbangan kepada pembangunan keseluruhan Malaysia sebagai negara berbilang agama. Hal ini menjadi satu keutamaan terutamanya apabila Islam memegang status sebagai agama rasmi persekutuan yang menjadikan isu Islamisasi masyarakat Malaysia sebagai satu agenda nasional. Bagi menjayakan agenda ini, peranan umat Islam dari kalangan masyarakat Cina (cina muslim) juga perlu diambil kira. Statistik menunjukkan cina muslim turut mempunyai bahagian dalam menyumbang terhadap pembangunan sosio-ekonomi negara. Dalam pada masa yang sama, kajian empirikal membuktikan adanya bentuk bentuk cabaran yang dihadapi oleh komuniti ini di peringkat peribadi, keluarga dan komuniti dalam perjalanan mereka untuk kembali kepada cara hidup Islam yang sepenuhnya. Bagi kami pengkaji kertas ini, dimensi makro dalam menjadikan dan mengertikan seseorang itu Muslim terutamanya dalam menyesuaikan diri dengan ajaran Islam masih belum cukup diberi penjelasan dan penerangan yang sewajarnya. Oleh itu, makalah ini cuba menerangkan idea dan cadangan yang berguna kepada cina muslim dengan tujuan memotivasikan mereka bagi mencapai kejayaan yang lebih besar dari aspek Islamisasi di kalangan komuniti mereka seterusnya memberi sumbangan kepada negara.
Kata kunci: Cina Muslim, Islamisasi, harapan dan cabaran.