The technology of dynamic Wireless Power Transfer (WPT) has been accepted in the Electric Vehicle (EV) industry. Recently, for a stationary EV charging system, the existence of a ferrite core improves power efficiency. However, for dynamic wireless charging, the output power fluctuates when the EV moves. Two main obstacles that must be dealt with is air-gaps and misalignment between the coils. This paper investigates clear design guidelines for fabrication of an efficient Resonant Inductive Power Transfer (RIPT) system for the EV battery charging application using a ferrite core. Two different geometry shapes of ferrite core, U and I cores, will be investigated and tested using simulation and experimental work. The proposed design was simulated in JMAG 14.0, and the prototype was tested in the laboratory. The expected output analysis from these two techniques was that the power efficiency of the ferrite pair should first be calculated. From the analysis and experimental results, it is seen that the pair of ferrite cores that used a U shape at the primary and secondary side provides the most efficient coupling in larger air-gap RIPT application with 94.69% on simulation JMAG 14.0 and 89.7% from conducting an experiment.
ABSTRAK: Teknologi Alih Kuasa Wayarles (WPT) dinamik telah diterima pakai dalam Kenderaan Elektrik (EV). Baru-baru ini, kewujudan teras ferit dalam sistem pengecasan pegun EV dapat meningkatkan kecekapan kuasa. Namun, kuasa pengecasan ini akan berubah apabila EV bergerak bagi sistem pengecasan wayarles secara dinamik. Dua halangan utama yang harus ditangani adalah ketidakjajaran dan jarak antara dua gegelung. Kajian ini merupakan garis panduan yang jelas mengenai rekaan fabrikasi dan kecekapan sistem Alih Kuasa Induktif Resonan (RIPT) bagi aplikasi pengecasan bateri EV menggunakan teras ferit. Dua bentuk geometri teras ferit, iaitu teras U dan I telah dikaji dan diuji menggunakan simulasi dan eksperimen. Rekaan ini telah disimulasi menggunakan JMAG 14.0 dan prototaip diuji di dalam makmal. Kedua-dua teknik ini diharapkan dapat menghasilkan kecekapan kuasa yang sama. Dapatan kajian menunjukkan kedua-dua teras ferit pada sisi primer dan sekunder berbentuk U mempunyai gandingan paling efisien bagi jarak paling besar antara 2 gegelung menggunakan aplikasi RIPT dengan 94.69% simulasi JMAG 14.0 dan 89.7% secara eksperimen.