This article discusses the reading cognitive ability in Malay Language learning among remedial education children. The cognitive ability among these children was tested based on several reading aspects which include the skills of recognizing or detecting, understanding, and applying as outlined in Bloom’s Taxonomy. This research utilized both the quantitative and qualitative methods in collecting the data. The subjects selected involved eight Standard Three students who were undergoing the remedial class in Puchong, Selangor. The instruments used included both oral and non-oral tests. The research findings indicate that the ability to apply appears to be the most acquired cognitive skill among the subjects (99.58%), followed by the abilities to understand (95.36%), and to remember (95.8%). These findings portray that special remedial children’s cognitive ability level is not only measured from the aspect of reading fluency, but also their abilities in recognizing letters, understanding letter sounds, and applying grammar skills.
Keywords: cognitive ability, Malay Language learning, remedial education children
ABSTRAK: Makalah ini membicarakan tentang tahap keupayaan kognitif bacaan dalam pembelajaran bahasa Melayu kanak-kanak pemulihan khas. Keupayaan kognitif dalam kalangan kanak-kanak pemulihan khas diuji berdasarkan aspek bacaan, iaitu dengan mengaplikasikan kemahiran mengenal pasti, memahami, dan mengaplikasi seperti yang terdapat dalam Taksonomi Bloom. Kajian ini juga menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif dalam pengumpulan data. Subjek yang dipilih merupakan lapan orang pelajar darjah tiga yang mengikuti kelas pemulihan khas di Puchong, Selangor. Instrumen yang digunakan ialah ujian lisan dan bukan lisan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa keupayaan mengaplikasi merupakan keupayaan yang paling dikuasai oleh subjek kajian dalam kemahiran kognitif, iaitu sebanyak 99.58 peratus, diikuti oleh keupayaan memahami 95.36 peratus, dan keupayaan mengingat 95.8 peratus. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap keupayaan kognitif kanak-kanak pemulihan khas bukan hanya diukur daripada kelancaran bacaan sahaja, malah keupayaan mengenal pasti huruf, memahami bunyi huruf, dan mengaplikasi tatabahasa turut diambil kira.
Kata kunci: kognitif bacaan, kanak-kanak pemulihan khas, pembelajaran bahasa Melayu