This study aimed to learn the knowledge, attitude and problems of Malay Language teachers on the implementation of higher-order thinking skills (HOTS) in teaching and learning (T&L) literature component (KOMSAS) in secondary schools.The study was conducted because there are Malay Language teachers who have a low mastery of the syllabus and content of KOMSAS. Respondents of this study consisted of 108 Malay Language teachers in secondary schools that teach in Timur Laut district, Penang. The design of this study is a study that uses descriptive analysis. This study uses questionnaires as instruments. Data were analyzed using Social Package for Social Sciences (SPSS) version 25.0 for descriptive data description. The findings showed the mean average value of teacher knowledge level before T&L (min 3.917) and current T&L (min 3.970), teacher attitude level before T&L (mean 3.894) and current T&L (min3.875) against HOTS in T&L KOMSAS showed the average mean value was at a high level, while the average mean value of problems on teachers (mean 3.116) and problems on students (mean 2.578) to implement KBAT in T&L KOMSAS are at a moderate level. This indicates that the knowledge, attitudes and problems affecting the implementation of HOTS among Malay language teachers in the T&L of KOMSAS.
Keywords: Knowledge, attitude, problems, HOTS, KOMSAS
Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan, sikap dan masalah guru bahasa Melayu terhadap penerapan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) komponen sastera (KOMSAS) di sekolah menengah. Kajian ini dijalankan kerana terdapat guru bahasa Melayu yang mempunyai penguasaan yang rendah tentang sukatan pelajaran dan kandungan KOMSAS. Responden kajian ini terdiri daripada 108 orang guru Bahasa Melayu sekolah menengah yang mengajar di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan menggunakan analisis deskriptif. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen. Data dianalisis dengan menggunakan Social Package for Science Social (SPSS) versi 25.0 untuk pemerihalan data secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan nilai purata min bagi tahap pengetahuan guru sebelum PdP (min 3.917) dan semasa PdP (min 3.970), tahap sikap guru sebelum PdP (min 3.894) dan semasa PdP (min3.875) terhadap KBAT dalam PdP KOMSAS menunjukkan nilai purata min berada pada tahap tinggi, manakala nilai purata min bagi masalah terhadap guru (min 3.116) dan masalah terhadap pelajar (min 2.578) untuk menerapkan KBAT dalam PdP KOMSAS berada pada tahap sederhana. Hal ini menunjukan bahawa tahap pengetahuan, sikap dan masalah guru bahasa Melayu mempengaruhi penerapan KBAT dalam KOMSAS dalam kalangan pelajar ketika proses PdP dijalankan.
Kata kunci: Pengetahuan, sikap, masalah, KBAT, KOMSAS