Terdapat banyak modul sebutan berada di pasaran yang memperkenalkan teknik pembelajaran dan pengajaran sebutan al-Quran al-Karim dan bahasa Arab. Ada yang menggunakan kaedah klasik, moden dan ada juga yang menggunakan kedua-dua kaedah secara komprehensif. Namun, amat sedikit kita lihat kaedah yang dapat memperbaiki sebutan dan menumpukan secara khusus teknik kepada pelajar bukan Arab. Sering kali diperkatakan tentang masalah sebutan pelajar Sabah tanpa membuat kajian secara terperinci dan ilmiah. Justeru, kajian ini dibuat untuk melihat masalah sebenar sebutan bunyi bahasa Arab pelajar Sabah dan seterusnya mengaplikasikan teori Mahjub (1993) untuk memperbaiki masalah sebutan bahasa Arab. Kajian ini dilakukan di sebuah sekolah menengah kebangsaan di Kota Kinabalu yang responden kajiannya ialah pelajar sekolah tingkatan empat. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti secara ilmiah permasalahan sebutan dalam kalangan pelajar Sabah dan mengaplikasi kaedah fonetik Mahjub, seterusnya melihat keberkesanan modul Mahjub sebagai instrumen terbaik memperbaiki sebutan pelajar Sabah. Kajian kualitatif ini menggunakan huruf-huruf konsonan yang sukar bagi pelajar asing yang dibuat oleh Mahjub (1993) yang menggunakan modul yang digunakan untuk memperbaiki sebutan Arab pelajar asing. Terdapat tiga langkah utama dalam kajian ini, iaitu rakaman ujian pertama (U1) sebagai sebutan bahasa Arab terkini pelajar Sabah, kemudian langkah kedua melaksanakan PdP berdasarkan PdP Mahjub dan langkah yang ketiga membuat rakaman ujian kedua (U2) untuk melihat keberhasilan teori Mahjub dalam memperbaiki sebutan pelajar Sabah. Hasil Kajian menunjukkan nilai yang sangat signifikan antara U1 dan U2. Daripada sembilan huruf yang diuji itu, konsonan ‘Ayn [ع] paling baik disebut oleh pelajar dan huruf Dad [ض] paling sukar disebut dalam U1. Dalam U2, huruf Ta’ [ط] paling sukar disebut dan huruf Sad [ص] paling mudah disebut. Dalam U1 Fathaṯ paling tinggi skor dengan 68.2 berbanding Sukun yang mempunyai skor paling rendah dengan 33.3. Secara puratanya, dalam U1 pelajar atau responden hanya mendapat purata sekitar 55 skor min bagi Dammaṯ dan Kasraṯ. Namun, pada U2 peningkatan masing-masing Dammaṯ dan Kasraṯ. mendapat skor yang hampir sama, iaitu 77.9 dan 76.9. Data menunjukkan bahawa Sukun paling bermasalah kepada responden dalam sebutan. Begitu juga terdapat perubahan yang signifikan dalam ujian kedudukan Fathaṯ, Dammaṯ dan Kasraṯ dari U1 kepada U2. Kajian menunjukkan bahawa teori Mahjub ini berhasil memperbaiki masalah sebutan dalam kalangan pelajar Sabah dan memberikan satu alternatif untuk diaplikasi dalam PdP pelajar dan membuka ruang kepada penulis lain untuk memanjangkan kajian pada masa akan datang. There are many modules/methods available in the market to introduce the techniques of learning and teaching the Holy Quran and the Arabic language. There are classical and modern methods in teaching the Holy Quran, and some might combine both classical and modern to help students to learn the Holy Quran. But there are only few methods which can really help to improve the pronunciation of Arabic especially among the non-Arab students who learn Arabic as a second language. This pronunciation problem is often discussed by the Arabic teachers but there are lack of proper studies to overcome this problem. Therefore, this study aims to identify specifically the pronunciation problem and to measure if the Maḥjub Theory can be applied to help in overcoming it. This study was conducted in a secondary school in Kota Kinabalu. The respondents were all Form 4 students. This qualitative study used the Maḥjub Module (1993) to rectify consonant letters that are difficult to pronounce by the Sabahan students. This study has undergone three phrases. The first phrase is U1 where the pre-test is carried out to evaluate the current capability of the respondents. The second phrase applied the Maḥjub Method in the PdP. The third phrase is U2 where the post-test was carried out after the Maḥjub Method was applied to the respondents. This study showed significant value between U1 and U2. Nine consonant letters were tested in this study. In U1, ‘Ayn [ع]was the easiest to pronounce and Dad [ض] was the most difficult to pronounce by the respondents. In U2, Ta’ [ط] was the hardest to pronounce and Sad [ص] was the easiet. In U1, Fathaṯ was the highest with 68.2 score as compared to Sukun with 33.3 score. Overall, respondents scored a mean of 55 for Dammaṯ and Kasraṯ in U1. However, in U2, Dammaṯ and Kasraṯ showed very close score as of 77.9 and 76.9. The data also showed that Sukun is the hardest part for the respondents.This study had proved that the Maḥjub Method is enabled to enhance and improve the difficulty in pronunciation among the students in Sabah. Therefore, the Mahjub Method gives educators an alternative approach to apply in their teaching and also other researchers for ideas to carry out future research in this field.