The explosion of technology allows more manufacture food and variety in the market. However, the massive quantity of food is not essential measure of economic progress because the quality of food is more important when producing food. In realizing food quality along with food quantities, various legal issues related to food security have been arisen. Thus, this paper will be examine the legal issues related to food security from the Islamic perspective worldview. Using a study of documents released by the Food and Agriculture Organization (FAO) and content analysis, there are several legislative issues that have been found regarding food security. Such issues include aspects of food production, exploitation of natural resources, trade, and rights to the food. The apparent impact of these issues has undermined food security and food access, thus prompting food security in various parts of the world. Through an analysis of Islamic worldview, this paper presents the preservation of habluminallah and habluminannas relationships as a basis for addressing the issues discussed.
Ledakan teknologi membolehkan bahan makanan dihasilkan dengan lebih banyak dan pelbagai di pasaran. Namun demikian, kuantiti makanan yang banyak bukan ukuran kemajuan ekonomi yang hakiki kerana kualiti makanan lebih utama untuk diambil kira dalam menghasilkan makanan. Dalam merealisasikan kualiti seiring dengan kuantiti makanan, pelbagai isu perundangan berkaitan sekuriti makanan telah timbul. Menyedari perkara berkenaan, makalah ini akan meneliti isu perundangan yang berkaitan sekuriti makanan daripada perspektif tasawur Islam. Dengan menggunakan kajian ke atas dokumen yang dikeluarkan oleh Organisasi Makanan dan Pertanian (Food and Agriculture Organization) (FAO) dan analisis kandungan, terdapat beberapa isu perundangan berkaitan sekuriti makanan yang ditemui. Isu tersebut merangkumi aspek pengeluaran makanan, eksploitasi sumber alam, perdagangan, serta hak terhadap makanan. Kesan ketara isu-isu tersebut telah menjejaskan jaminan keselamatan makanan dan akses makanan sekali gus menggugah sekuriti makanan di pelbagai bahagian dunia. Melalui analisis daripada tasawur Islam, makalah ini mengemukakan pemeliharaan hubungan habluminallah dan habluminannas sebagai asas mengatasi isu-isu yang dibincangkan.