GAJAH (யானை) DALAM PERIBAHASA TAMIL: ANALISIS SEMANTIK INKUISITIF
The culture and the intellect of the community can be seen through figurative language, especially proverbs. However, society is less aware of the culture elements that are hidden behind each proverbs. Therefore, This study was conducted to identify the implicit meaning of the Tamil proverbs with the image of an elephant (yanai) and to look at the cultural influence and intellect of the community analyzed using the inquisitive semantic approach introduced by Nor Hashimah Jalaluddin (2014). Fifteen informants were seleted and interviewed via NORF sampling leading to Non-Mobile, Older, female and NORM which is Non-Mobile, Older, Male. The results show that each proverb is used based on several factors such as history, religion, culture and so on. In fact, the results also indicate that there is a high degree of intellect in the creation of this elephant-inspired proverbs. Keywords: Tamil proverbs; inquisitive semantics; Indian community; animal; elephant (yanai) Abstrak: Budaya dan akal budi sesebuah masyarakat dapat dilihat melalui bahasa kiasan contohnya peribahasa. Walau bagaimanpun, masyarakat kurang mengetahui unsur budaya yang tersembunyi di sebalik setiap penciptaan sesebuah peribahasa. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti makna implisit di sebalik peribahasa Tamil yang mempunyai imej gajah (yanai) dan melihat pengaruh budaya serta akal budi masyarakat India. Kajian ini menggunakan pendekatan semantik inkuisitif yang diperkenalkan oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014) bagi menganalisis datanya. Lima belas orang informan yang dipilih dan ditemu bual secata mendalam melalui persampelan bertujuan. Pemilihan informan adalah secara NORF iaitu merujuk kepada Non Mobile, Old, Remote dan Female dan NORM merujuk kepada Non-mobile (tinggal tetap), Older (tua), Rural (luar bandar), Male (lelaki). Hasil kajian mendapati bahawa setiap peribahasa digunakan berdasarkan beberapa sebab seperti sejarah, agama, budaya dan sebagainya. Malah, hasil turut menunjukkan bahawa terdapat unsur akal budi yang tinggi dalam penciptaan peribahasa yang berunsur gajah ini. Kata kunci: Peribahasa Tamil; semantik inkuisitif; masyarakat India; haiwan; gajah (yanai)