IMEJ PERLAMBANGAN ‘TANGAN’ DALAM SIMPULAN BAHASA MELAYU: ANALISIS SEMANTIK INKUISITIF
Malay idioms can express the wisdom of philosophy and common sense in the Malay community to convey a specific message. However, Malay Idioms underestimated by the society, particularly in education system nowadays. This study aimed to analyse the Malay idioms that has ‘hand’ symbol using inquisitive semantics. The importance of this study is to develop more inquisitive semantics’s study in addition to explore the power of Malay community thought in the past by choosing certain lexical to associate with people or other things. Based on purposive sampling, there are 24 Malay idioms using ‘hand’ symbol in Kamus Peribahasa Melayu Edisi Kelima. The findings of the study found that, there were 11 idioms themed temperament, attitude and deed, five idioms themed profit, fate and futility, one idiom themed knowledge and lessons, 5 idioms themed matters of life, 1 idiom themed situation and comparison and one idiom themed government matters and customs are still in use today. To explain the true meaning of this Malay idiom, inquisitive semantic approach and Bridging Cross Reference (BCR) was applied based on the corpus data at Pangkalan Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka (PKDBP). The results of the study found that he concept of the hand is a part of body from elbow to the fingertips and indirectly the hand is one of the limbs that are widely used in daily activities. Therefore, this study not only describes the true meaning of Malay idioms, but can prove the wisdom of the Malay community in the past in using "hand" symbol and reflects human nature or behaviour figuratively. Keywords: Malay idiom, body, hand symbol, inquisitive semantics Abstrak: Simpulan bahasa Melayu dapat menunjukkan kebijaksanaan falsafah dan akal budi masyarakat Melayu terdahulu dalam menyampaikan sesuatu mesej tertentu. Namun begitu, simpulan bahasa semakin dipandang remeh oleh masyarakat. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis simpulan bahasa Melayu yang menggunakan imej perlambangan ‘tangan’ dengan mengaplikasikan kajian semantik inkuisitif. Kepentingan kajian ini adalah untuk mengembangkan lagi kajian semantik inkuisitif, di samping untuk meneroka kehebatan pemikiran masyarakat Melayu pada zaman dahulu dalam memilih leksikal tertentu dalam penciptaan simpulan bahasa. Terdapat sebanyak 24 simpulan bahasa mempunyai imej perlambangan ‘tangan’ telah dapat dikesan dalam Kamus Peribahasa Melayu Edisi Kelima susunan Mohd. Tajuddin Hj Abd. Rahman (2017) berdasarkan pensampelan bertujuan. Dapatan kajian mendapati bahawa sebanyak sebelas (11) simpulan bahasa yang bertemakan perangai, sikap dan perbuatan, lima (5) simpulan bahasa bertemakan untung, nasib dan sia-sia, satu (1) bertemakan ilmu pengetahuan dan pelajaran, 5 bertemakan hal-hal kehidupan, satu (1) bertemakan keadaan dan perbandingan dan satu (1) simpulan bahasa bertemakan hal pemerintahan dan adat negeri masih diguna pakai sehingga kini. Bagi menghuraikan makna sebenar peribahasa tersebut, pendekatan semantik inkuisitif dan Rangka Rujuk Silang (RRS) telah diaplikasikan dengan berpandukan data korpus dalam Pangkalan Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Hasil kajian mendapati bahawa konsep tangan merupakan bahagian yang terdapat pada anggota badan iaitu dari siku sehingga ke hujung jari dan secara tidak langsung tangan merupakan salah satu daripada anggota badan yang banyak digunakan dalam aktiviti seharian. Pengkaji juga telah mendapati bahawa kajian semantik inkuisitif dapat memberi gambaran keseluruhan yang mendalam terhadap penggunaan lambang ‘tangan’ selain mengetahui makna secara harfiah. Oleh itu, kajian semantik inkusitif dapat menghuraikan makna sebenar simpulan bahasa tersebut yang memperlihatkan kebijaksanaan masyarakat Melayu pada zaman dahulu dalam menggunakan imej perlambangan “tangan” bagi mencerminkan menyampaikan sesuatu mesej secara tersirat. Kata kunci: Simpulan bahasa, anggota badan, tangan, semantik inkuisitif