This study aims to measure the level of teacher practice in teaching the subject of Maharat al-Quran Integrated Curriculum Tahfiz (KBT). A total of 621 teachers were made respondents in this study. This study is in the form of a cross-sectional survey involving teachers from KBT secondary schools throughout Malaysia. While the sampling method of this study uses stratified random sampling method. Data were analyzed using IBM Statistical Package for Social Science (SPSS) software version 25.0 Descriptively to determine the mean value, standard deviation and percentage. The findings of the study show that the level of teacher practice in teaching the subject of Maharat al-Quran KBT is at a high level. In conclusion, this study successfully highlights the uniqueness of the findings that teachers in secondary schools who implement KBT practice well the teaching of tajwid law, manners of the Quran, recitation, knowledge of Qiraat, practice of Qiraat and Rasm Uthmani in the subject of Maharat al-Quran. The science of tajwid is the main teaching emphasized by the teacher to enable students to learn the Quran. The implication is that tahfiz teachers have a role to teach Quranic skills because teachers are the driving force behind a built curriculum.
Abstrak Kekurangan pengetahuan terhadap subjek yang diajar akan mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Kegagalan memahami isi kandungan pelajaran dapat menjejaskan kaedah PdP yang dirancang dan akan memberikan impak negatif kepada pendidikan itu sendiri. Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap amalan guru dalam pengajaran subjek Maharat al-Quran Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT). Seramai 621 orang guru dijadikan responden dalam kajian ini. Kajian ini berbentuk tinjauan rentas silang (cross-sectional) yang melibatkan para guru dari sekolah menengah KBT di seluruh Malaysia. Manakala kaedah pensampelan kajian ini menggunakan kaedah pensampelan rawak berstrata (stratified random sampling). Data telah dianalisis menggunakan perisian IBM Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 25.0 secara deksriptif untuk mengetahui nilai min, sisihan piawai dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap amalan guru dalam pengajaran subjek Maharat al-Quran KBT berada pada tahap tinggi. Kesimpulannya, kajian ini berjaya menonjolkan keunikan dapatan bahawa guru di sekolah menengah yang melaksanakan KBT mengamalkan dengan baik pengajaran hukum tajwid, adab al-Quran, tilawah, ilmu Qiraat, amali Qiraat dan Rasm Uthmani di dalam subjek Maharat al-Quran. Ilmu tajwid merupakan pengajaran utama yang ditekankan oleh guru untuk membolehkan murid mempelajari al-Quran. Implikasinya, Guru Tahfiz mempunyai peranan untuk mengajarkan kemahiran al-Quran kerana guru merupakan penggerak sesebuah kurikulum yang dibina