Pengajaran Guru Pendidikan Islam Di Kelas Inklusif: Fenomena Semasa Dan Keperluan Pembentukan Model
Pendidikan Inklusif merujuk kepada suatu program pendidikan yang memberi peluang kepada murid-murid berkeperluan khas untuk mengikuti pembelajaran sepenuhnya dalam kelas aliran perdana bersama murid aliran perdana. Pendekatan pendidikan inklusif adalah sejajar dengan hasrat kerajaan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, yang berinisiatif untuk meningkatkan enrolmen murid berkeperluan khas dalam program pendidikan inklusif. Terdapat banyak isu atau pemasalahan yang ditemui dalam kajian-kajian yang lepas berkaitan pengajaran dalam kelas inklusif di dalam negara. Salah satu isu yang ditemui dalam kelas inklusif ialah berkaitan pengajaran guru mata pelajaran arus perdana dalam kelas inklusif untuk murid bekeperluan khas. Kertas konsep ini bertujuan untuk meninjau pengajaran Guru Pendidikan Islam dalam kelas Inklusif yang mendorong keperluan terhadap pembinaan model pengajaran inklusif. Kajian yang dijalankan adalah dengan menggunakan rekabentuk Design and Development Research (DDR). Implikasi kajian diharap dapat menyumbang kepada keperluan pembentukan model. Inclusive Education refers to an educational program that provides opportunities for students with special needs to fully pursue learning in mainstream classes with mainstream students. The inclusive education approach is in line with the government's aspirations contained in the Malaysia Education Blueprint 2013-2025, which initiatives to increase the enrollment of students with special needs in inclusive education programs. There are many issues or problems found in past studies related to teaching in inclusive classrooms in the country. One of the issues found in inclusive classrooms is related to the teaching of mainstream subject teachers in inclusive classrooms for students with special needs. This concept paper aims to review the teaching of Islamic Education Teachers in Inclusive classrooms which drives the need towards the construction of inclusive teaching models. The study was conducted using Design and Development Research (DDR) design. The implications of the study are expected to contribute to the need for model formation.